Ahad, 7 Februari 2010

dendam kesumat dlm ati aku...!!!

MasyaAllah....ampunkan aku...

Definisi dendam kot ni..

Dendam ialah penyakit hati,ianya selalu bersarang di dalam hati kerana terlalu marah. Ianya akan melampaui sekiranya perasaan marah tidak dapat dilepaskan. Ianya dikatakan jika seseorang itu terlalu marah apabila ia di zalimi atau dianiaya oleh seseorang yang berkuasa tetapi ia tidak dapat melahirkannya kerana tidak berupaya menentangnya. Maka ianya bersarang dalam hati akhirnya menjadi dendam. Para Ulama telah menyatakan lapan (8 ) perkara yang akan dilakukan oleh orang yang berdendam:-

1. Menjadi Pedengki

2. Dengki dan Kejahatan Hati

3. Memutuskan Hubungan

4. Menghina yang didendam

5. Berdusta dan Memfitnah

6. Meniru Kelakuannya

7. Menyakiti yang didendam

8. Menahan Haknya.

Untuk menghapuskan dendam maka kita hendaklah:

1. Memberikan maaf ( Islam menyuruh setiap orang menjadi seorang yang pemaaf. Sekiranya kita dizalimi memang patut kita membalas kezaliman itu tetapi Islam meminta kita agar bersabar dan menggugurkan hak untuk membalas dendam)

2. Berbuat Ihsan.( Kita diminta berbuat baik kepada orang yang telah menzalimi kita termasuklah mengasihi seseorang yang telah melakukan kesalahan.Amalan ini akan dapat
memadamkan api dendam seseorang)